November 24, 2011

sup tulang merah singapura


pernah lah aku dengar linda onn bercerita pasal sup ni .. aku imagine lah pasal sup color merah.
agak janggal lah kan..sebab seumur hidup aku, sup tu hanya color putih transparent atau kuning2 cair berempah

and selepas beberapa tahun (ye betul, aku dengar celoteh kat radio dah lama) dan dengan bangganya hari ni aku terseru nak merealisasikan sup merah ni

aku tak pernah tengok, aku tak pernah rasa ok.
aku main agak je bila aku terjumpa resepi ni dalam buku.

kat dapur aku start rebus tulang lembu 30-40minit
blend bawang putih+bawang besar+halia,, then tumis
bila agak kuning, aku bubuh rempah sup, tumis lagi sampai masak
tambah tomato puri+cili boh, masuk pulak tulang yang aku rebus tadi
tambah air bekas rebusan daging, pecahkan telur sebiji, kacau2 dan perisakan dengan garam+gula
sup ni kena macam manis2 sikit..jangan manis sangat pulak, tak lalu

dah mendidih, cedok masuk mangkuk, tabur daun ketumbar+bawang goreng


oOooo..inilah rupa sup tulang merah, merah sebab campuran tomato puri dan cili boh
paling best cicah roti perancis
tapi tadi aku buat lunch, makan dengan nasi
adik aku macam pelik, tapi alhamdulillah..bertambah nasi dia
aku happy dapat ilmu baru!


dah ke malam, tinggal sikit untuk encik suami, aku pesan beli roti, rupanya dia dah sampai depan pintu..

1 comment: