November 24, 2011

sup tulang merah singapura


pernah lah aku dengar linda onn bercerita pasal sup ni .. aku imagine lah pasal sup color merah.
agak janggal lah kan..sebab seumur hidup aku, sup tu hanya color putih transparent atau kuning2 cair berempah

and selepas beberapa tahun (ye betul, aku dengar celoteh kat radio dah lama) dan dengan bangganya hari ni aku terseru nak merealisasikan sup merah ni

aku tak pernah tengok, aku tak pernah rasa ok.
aku main agak je bila aku terjumpa resepi ni dalam buku.

kat dapur aku start rebus tulang lembu 30-40minit
blend bawang putih+bawang besar+halia,, then tumis
bila agak kuning, aku bubuh rempah sup, tumis lagi sampai masak
tambah tomato puri+cili boh, masuk pulak tulang yang aku rebus tadi
tambah air bekas rebusan daging, pecahkan telur sebiji, kacau2 dan perisakan dengan garam+gula
sup ni kena macam manis2 sikit..jangan manis sangat pulak, tak lalu

dah mendidih, cedok masuk mangkuk, tabur daun ketumbar+bawang goreng


oOooo..inilah rupa sup tulang merah, merah sebab campuran tomato puri dan cili boh
paling best cicah roti perancis
tapi tadi aku buat lunch, makan dengan nasi
adik aku macam pelik, tapi alhamdulillah..bertambah nasi dia
aku happy dapat ilmu baru!


dah ke malam, tinggal sikit untuk encik suami, aku pesan beli roti, rupanya dia dah sampai depan pintu..

mole

comel lah sikit bunyi mole tu dari bunyi tahi lalat..hehe
macam tu eh tahi milik seekor lalat
sekali berak terus melekat seumur hidup
hehe

tak kisah lah apapun bunyinya
memang ianya dikenali sebagai tahi lalat..opppss, mole


berbalik kepada kenapa aku cerita pasal mole ni, sebab aku baru discover mole pertama hana, di telapak jari tangan kiri

bukan main aku google nak tengok apa maknanya..hehe
sebabkan tapak tangan macam berkaitan dengan rezeki, duit gitu

ok, hasil google adalah, banyak rezeki dan cermat
pheww, alhamdulillah
tapi jangan esok2 anak aku punyalah cermat sampai terus jadi kedekut pulak
hahaha

November 23, 2011

lontong

tekak meminta-minta lontong di pagi raya hari rabu nan indah ini
pagi-pagi dah terlopong di giant beli bahan-bahan masak
aku capai kobis bulat, serai, tempe, nasi impit, suhun, fucuk, udang kering dan kiub ayam knorr
carrot, kacang panjang, bawang merah, bawang putih, santan dah ada dalam fridge
ok save dah, tak payah beli

balik je rumah terus terkam dapur, blend bawang merah, bawang putih, udang kering
hiris kobis bulat, kacang panjang, carrot dan titik serai (ketuk-ketuk la maksudnya)

tumis bahan blend, serai sampai wangi
baling kiub ayam seketul, tambah air untuk buat kuah, masuk santan
dah macam nak mendidih tu, masuk sayur-sayur hirisan tadi

tempe?? aku tertinggal kat giant
terus check resit, tak masuk pun dalam list
ok lah jugak, kang bayar free2 je..rugilah

kalau ada tempe, potong dadu dan goreng, masukkan dengan sayur hirisan tadi

nasi impit pulak, masak dalam rice ccoker macam nak masak nasi tu
cuma, ia hanya akan masak dalam masa sejam..lama sikit lagi dari tanak nasi

hasilnya..taddaaaaaa................................!!!


ni pulak cucur rangup yang aku buat beberapa hari sebelum lontong ni
sebab sepanjang sejarah aku buat cucur, memang tak best
tak krupp krapp macam mak buat

pastu aku terjumpalah resepi kat newspaper
rupanya dalam bancuhan kena letak air panas mendidih
ok fine, aku try



tapi terlebih lembut kot or kena mix jugak dengan air masak jugak kot sebab endup aku rasa dia terpenyek sikit..tapi layan gak sedap..hehe


lagi2 petua yang aku pernah dengar, boh nasi la..minyak panas la dalam bancuhan, and macam2 lagi yang aku lupa....
next time la aku eksperimen

hana ku..hana ku jua

yeay!!..hana dah pandai nyanyi lagi ABC..
lirik lagu,

abcdefg
hijk kkk
opqrstu
vwxyz

hahahaha... kat mana dia tinggal LMN aku pun tak tau

oklah ye, teacher bagi 8/10..janji rhythm dah betul

dalam pada aku anti-game or gadget ni, (sebab aku rasa anak2 terlalu muda untuk gadget bagai ni and main game sampai tak ingat makan minum) but still ada positive nya

hana baru 2tahun 3bulan dah pandai nyanyi lagu ABC and even can spell kat signboard tepi jalan..great!  mak suka part kebaikan tu (tapi tetaplah kena disiplin main ipad 2jam per session saja ok)

and moment paling indah bila dia leka main ipad, silang2 kaki...(alahai) suka gegirl dok macam tu..sebab kaki cute nan sejengkal dia tu rasa macam nak geget-geget saja macam aku selalu kekah drumstick kfc tu..aummm


November 22, 2011

Soto

Ok, for the very first time aku try masak soto pulak.
Mula2 tgk bahan2 dalam resepi, wow..macam 3 hari 2 malam baru siap.
Tapi tak aci lah kan sebab aku buat the simple version of soto je..te hehe
Ok, let's talk about mihun soto

Resepi simple aku ialah,
Blend bawang putih dan bawang merah
Tumis dengan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

Haaa, penah dengar orang kata rempah 4 sekawan? Ni lah dia

Then rempah sup
Goreng sampai rempah jadi pekat seketul
Masukkan air untuk jadikan kuah
Masukkan ayam dan biar mendidih sampai ayam masak
Perasakan garam

Resepi begedil,
Kentang potong halus2 dan goreng
Lenyek dan gaul dengan minced meat
Masukkan daun sup cincang, lada sulah, serbuk pati ayam knorr
Gentel2 sampai bulat mcm meatball
Celup dalam telur putih dan goreng sampai masak

Bahan hiasan,
Mihun yg ditoskan
Daun sup, bawang goreng, cili kicap
Cili kicap ni, blend garlic dengan cilipadi pastu boh kicap, siap!

Dan seperti kata pepatah less is more tu, soto aku menjadi dalam masa less than sejam and yang paling sweet, mak pulak yang jadi chef, test soto aku...keputusannya adalah cemerlang! Yeay!

*maaf gambar tak sempat snap, sebab sibuk sesi makan sambil bergosip dengan familia..hehe

November 13, 2011

cappuccino

sedapnya sip cappuccino petang2 ni..serius favourite nih..tetiba rasa fabulous je bila tengah pegang secawan cappuccino..kihkih

info diet pasal cappuccino :

ask for skinny cappuccino (nipis la kot) - drinking one of these rather than a standard can save a kilo of saturated fat over a year.

credit to www.goredforwoman.org.au

November 11, 2011

Tarikh

Apa istimewanya semua orang tak habis2 sebut pasal tarikh hari ni..kalau nak kawen, molek gak tarikh ni..selamat berumahtangga untuk kawan aku nan sorang ni..selamat berjuang dan berbahagia selamanya.

Aku pulak, alhamdulillah takat ni masih bernafas..merasa jugak nak melalui tarikh keramat ni..sejak masuknya tahun 01.01.01, tiap tahun lepas tu aku selalu follow tarikh2 cantik ni..

Sampai la pernah plan nak kawen 08.08.08..tapi jodoh cepat sampai..melepas

Tapi tuhan maha adil..kesempatan 09.09.09 menimang anak dapat jugak.

Bukan ada kepercayaan apa2 pun..cuma lumrahlah manusia..sentiasa mencari yang unik. Lagi cantik, lagi best.


Aku nak cari plat nombor kereta WWW 700 *tetiba*

November 3, 2011

Bila rasa macam nak mati dah

Pada 31-10-2011, birthday aku, aku jatuh demam..
Demam yang teramat-amat dahsyat..
Actually memang aku adalah manusia yang jarang-jarang jatuh sakit
The last time was 3years ago..
Yes, tu lah the last time yang aku tarik tilam letak depan tv sebab aku dah tak daya nak naik-turun tangga

Kali ni aku demam berpakej..
Pakej 3 beranak demam sekaligus..
Kesian anak-anak aku yang terjelepuk

The next day aku dah tak tahan lagi and ajak hubby ke hospital
No-no clinic sebab aku tau sure kena ulang-alik sampai sembuh
Puashati sungguh biarlah bil dah cecah RM430 dan confirm sembuh

Tengok pada keadaan aku, doc terus buat blood test sebab aku dah mengigil lain macam
Batuk? Yes
Kahak? Yes
Muntah? Yes
Cirit? No
Muscle pain? Too much

Dah sejam bed rest, result keluar and negative..alhamdulillah
Kalau tak sure admitted dah anak beranak

Akhirnya syukur hari ni aku pulih sepenuhnya
Aku sangat menghargai 'masa sihat' ini

Ok, tak solat isyak lagi
Sila bersyukur sekarang..Tuhan telah mengampuni dosa-dosaku. Dia mengujiku dengan kesakitan semalam..